Gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) Landa Kolej Vokasional Temerloh

Gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) Landa Kolej Vokasional Temerloh | TEMERLOH: Sebanyak 68 pelajar Kolej Vokasional Temerloh, Sanggang, di sini disahkan mempunyai gejala penyakit menyamai Influenza (ILI) kini diasingkan di sebuah dorm di kolej itu sebagai langkah isolasi.

Influenza (ILI) Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata gejala ILI itu dikesan sejak 17 September lepas melibatkan 122 orang daripada 531 pelajar di kolej berkenaan yang menghidap simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak.
Katanya, kesemua pelajar dirujuk di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sebagai pesakit luar dan daripada 122 orang itu, 68 orang yang melibatkan 46 lelaki dan 22 perempuan mempunyai gejala ILI diasingkan di dorm berasingan sebagai langkah isolasi.
Dr Norhizan berkata pelajar berkenaan diasingkan bagi mengelakkan penyakit terbabit menular kepada pelajar lain. 

Katanya pelajar lain yang tiada gejala ILI dibenar menjalani kelas seperti biasa.

Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan termasuk membekalkan topeng muka kepada pelajar.

Menurutnya kejadian itu merupakan kejadian terpencil di kolej berkenaan, namun pihak Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh sentiasa memantau keadaan di kolej berkenaan - mStar online

.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now