Hamas Anggap Malaysia Bertuah Kerana Punyai Hadi Awang

Hadi AwangHamas Anggap Malaysia Bertuah Kerana Punyai Hadi Awang | PAS dan Malaysia bertuah kerana mempunyai tokoh sehebat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memimpin parti Islam di negara ini dan berperanan penting di peringkat antarabangsa.

Ini kesimpulan yang dapat dibuat hasil pemerhatian terhadap hubungan Abdul Hadi dengan gerakan-gerakan Islam antarabangsa khususnya Hamas di Gaza, Palestin, dan digambarkan oleh Usama Hamdan, ketua biro politik Hamas yang hadir sebagai tetamu di muktamar ke-60 di sini.

"Hamas mempunyai hubungan yang baik dengan PAS, dan melihat PAS dan Malaysia memainkan peranan yang penting di peringkat antarabangsa dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Usama kepada Harakah.

Usama telah beberapa kali bertemu dengan Abdul Hadi termasuk di Malaysia, yang berperanan dalam membantu gerakan Islam di Gaza itu, dan melihat Abdul Hadi sebagai seorang tokoh Islam yang penting di peringkat antarabangsa dan nasional.

Ini dibuktikan apabila Presiden PAS ini dilantik sebagai timbalan ketua Persatuan Ulama Antarabangsa tidak lama dulu, dan telah menjadi tokoh penting dalam membantu mencari penyelesaian krisis dalam dunia Islam seperti di Yaman dan terbaharu di Syria.

Abdul Hadi ialah tokoh bukan dari dunia Arab yang diberikan peranan penting dalam menangani isu-isu kritikal dalam kalangan gerakan Islam dan dunia Arab.

"Hamas menganggap Abdul Hadi sebagai tokoh penting bukan sahaja di peringkat antarabangsa, tetapi juga seorang pemimpin yang sangat diperlukan oleh negaranya sendiri, sebagai seorang pemimpin parti Islam," tegas Usama.

Beliau juga melihat Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam dunia Islam yang membolehkannya memainkan peranan membantu perjuangan Palestin, termasuk membantu dalam pembangunan semula Gaza yang baru dilanda perang selama hampir dua bulan.

Usama mewakili Palestin menerima sumbangan daripada PAS bernilai AS$50,000 (RM162,000) yang diserahkan oleh Abdul Hadi semasa upacara perasmian muktamar tahunan semalam.

Kehadiran Usama sebagai tetamu dalam muktamar kali ini meneruskan hubungan baik PAS dengan Hamas dan penegasan kepentingan isu Palestin kepada gerakan Islam PAS. – HARAKAHDAILY 19/9/2014



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 20 September, 2014
wahhh itu dia pendapat hamas...