Jangan Kertas Peperiksaan SPM 2014 Pula Bocor Nanti

SPM 2014Jangan Kertas Peperiksaan SPM 2014 Pula Bocor Nanti PUTRAJAYA - Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan yang antara lain menggesa agar langkah tegas diambil bagi memastikan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak bocor.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Ong Siang Liang yang ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum itu berkata kebocoran kertas peperiksaan awam mengakibatkan kos yang tinggi antaranya dari segi mencetak semula kertas peperiksaan, logistik dan elaun guru.
"Kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan sahaja memberikan tekanan kepada murid-murid, malah memberikan kesan buruk dan menyusahkan para ibu bapa serta guru," katanya di sini.

Pada 10 September lepas kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 UPSR 2014 ditangguhkan ke 30 September ini setelah didapati bocor, dan sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 juga bocor.

Ekoran itu tarikh baharu peperiksaan bagi dua kertas itu ditetapkan pada 30 September.

Isnin lepas, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan kertas peperiksaan Matematik 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 UPSR yang berlangsung pada 10 September dibatalkan setelah disahkan bocor.

Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ditetapkan pada 9 Oktokber. Mengikut takwim peperiksaan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan, peperiksaan bertulis bagi SPM akan berlangsung pada 3 November hingga 22 Disember 2014. - Bernama

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now