Kadar Baru Harga Air Johor Tahun 2015

saj harga baruKadar Baru Harga Air Johor Tahun 2015 | Kerajaan Johor dijangka melaksanakan tarif baharu air kepada pengguna pada awal tahun depan 2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berkata kenaikan tarif baharu itu masih dalam peringkat kajian akhir yang kadarnya antara 10 hingga 12 peratus.
Katanya, kenaikan itu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air dan memastikan bekalan sumber air di negeri terus terkawal.
"Kadar baharu yang dicadangkan kerajaan negeri ini tidak terlalu tinggi berbanding cadangan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebanyak 22 peratus," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2014 di sini, hari ini - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now