Keputusan Bolasepak Harimau Muda D Lawan Oman Kejohanan AFC B-16

KUALA LUMPUR: Harimau Muda D negara mencipta kejayaan mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-16 tahun selepas mencatat kemenangan 2-1 kepada Oman di Stadium Rajamangala, Bangkok, sebentar tadi.
Harimau Muda D Lawan Oman Kejohanan AFC B-16Pada perlawanan terakhir Kumpulan A itu, kemenangan menyaksikan skuad kendalian S Balachandran ini layak selaku naib juara Kumpulan A dengan mengumpul enam mata sekali gus mengecewakan tuan rumah, Thailand yang tunduk 2-0 kepada Korea Selatan dalam satu lagi perlawanan.
Begitupun, Harimau Muda D dijangka berdepan tugas sukar apabila dijadualkan bertemu juara kumpulan Australia di peringkat suku akhir.
Oman yang tewas dua perlawanan awal pada mulanya dilihat berjaya mengimbangi kekuatan skuad negara untuk menamatkan babak pertama tanpa jaringan.
Penyerang negara, Muhammad Najmuddin Samat meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-63 namun disamakan pemain Oman, Mohammed Salam Humaid Hamed Al Ubaidani, lima minit kemudian.
Dan Muhammad Najmuddin membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-77 untuk mengesahkan kemaraan - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now