Live Streaming Keputusan Lee Chong Wei Vs Lin Dan 19-8-2016

Siaran Langsung Dan Keputusan Chong Wei Vs Lin Dan Separuh Akhir Badminton Sukan Olimpik 2016. Mampukah Datuk Lee Chong Wei layak ke final badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil? Semuanya akan tejawab malam ini apabila Chong Wei akan menentang musuh tradisi, Lin Dan dari China pada jam 730 malam, 19 Ogos 2016 dalam memburu pingat emas Sukan Olimpik pertama buat Malaysia. Pasangan beregu Malaysia juga akan beraksi malam ini jam 1015 malam dalam aksi final menentang beregu China.

siaran langsung Lee Chong Wei Vs Lin Dan

Live Streaming Keputusan Lee Chong Wei Vs Lin Dan 19 Ogos 2016

Chong Wei bakal berdepan musuh tradisi dari negara tembok besar China, Lin Dan pada pertemuan separuh akhir malam ini dengan Lin Dan mempunyai rekod yang lebih baik sepanjang pertemuan sebelum ini.

Pada perlawanan suku akhir, Chong Wei mengatasi pemain Taiwan, Chou Tian-chen dengan 2 set : 21-9 dan 21-15. Lin Dan sebaliknya berhempas pulas sebelum menang 3 set dengan pemain India, Srikanth Kidambi, 21-6, 11-21 dan 21-18.

Adakah Chong Wei mampu mengelakan badi kekalahan kepada Lin Dan kali ini?

KEPUTUSAN PENUH   SET 1   SET 2  SET 3

LEE CHONG WEI              15              21          22
LIN DAN                          21              11          20

* Keputusan akan dikemaskini dari masa kesemasa semasa perlawanan.

Keputusan Final Beregu Lelaki Sukan Olimpik 2016

  • W.K. Tan dan V. S. Goh vs H.F. Fu dan N. Zhang : 21-16, 11-21 & 21-23. Pingat Perak buat Malaysia

Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di saluran RTM dan Astro Arena 801/ HD serta Astro Olimpik.


Semoga Datuk Lee Chong Wei mampu layak ke final dan seterusnya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2016 buat Malaysia.  

0 comment... add one now