Kertas Matematik Dan Bahasa Tamil UPSR Didakwa Bocor?

Kertas Matematik Dan Bahasa Tamil UPSR Didakwa Bocor? Dua lagi laporan polis dibuat berhubung kes pembocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Matematik dan Bahasa Tamil.
kertas upsr bocorKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, ketika dihubungi BH, mengesahkan menerima laporan terbabit yang dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, tengah hari tadi.
"Saya mengesahkan ada menerima laporan mengenai pembocoran kertas UPSR subjek Matematik dan Bahasa Tamil. Polis akan menyiasat dalang di sebalik kes ini," katanya.
Beliau berkata, pasukan khas yang sama yang sedang menyiasat pembocoran kertas UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris kendalian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, akan membuat siasatan berhubung kes ini - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now