Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 Bocor

UPSR Sains 2014 Bocor
Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 BocorUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut didapati mula tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan ditetapkan pada 30 September ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September (Khamis) didapati bocor.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu - mStar online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now