Koleksi Peribahasa Melayu SPM Dan Maksud

Koleksi Peribahasa Melayu SPM Dan Maksud Yang Lengkap. Peribahasa adalah susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat dan yang lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu. Ianya digunakan dalam pertuturan harian dan menggambarkan Sifat, Kelakuan dan Keadaan.

JENIS-JENIS PERIBAHASA

  1. Simpulan Bahasa
  2. Perumpamaan
  3. Pepatah
  4. Bidalan
  5. Perbilangan

1. Simpulan Bahasa

  • Muka tembok
  • Ajak-ajak ayam
  • Pecah tembelang

  

2. Perumpamaan

  • Bagai tikus membaiki labu
  • Bagai kaduk naik junjung
  • Laksana wau melawan angin

 

3. Pepatah

  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
  • Bukannya diam penggali berkarat melainkan diam ubi berisi

 

4. Bidalan

  • Air dicincang tiada putus
  • Melepaskan anjing tersepit
  • Berhakim kepada beruk

 

5. Perbilangan

  • Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata emas padahnya.
  • Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


Peribahasa Melayu

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud - SPM.


Senarai Peribahasa Tingkatan 4


1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

  • Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

  • Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

  • Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. Meninggi diri

  • Maksud : Sombong

5. Bermuka dua

  • Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati

  • Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang

  • Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

  • Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu

  • Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

  • Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

  • Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung

  • Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

  • Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

  • Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati

  • Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati

  • Maksud : Tidak sombong

17. murah hati

  • Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

  • Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

  • Maksud : Hampa.



Peribahasa Melayu SPM



Senarai Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat

  • Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

  • Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang

  • Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

  • Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

  • Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa

  • Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

  • Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

  • Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit

  • Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

  • Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

  • Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

  • Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak

  • Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

  • Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

  • Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

  • Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

  • Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

  • Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

  • Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

  • Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan

  • Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

  • Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan

  • Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

  • Maksud : Gembira.

25. anak buah

  • Maksud : a. Anak saudara.
  • b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

  • Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

  • Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

  • Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

  • Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

  • Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
  • b. Kehidupan yang senang.

1 comment... add one now