Malaysia Bertemu China Berpasukan Lelaki Badminton Sukan Asia 2014

Malaysia Bertemu China Berpasukan Lelaki Badminton Sukan Asia 2014 | Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gah membimbing skuad badminton negara yang mudah menewaskan Nepal 3-0 dalam saingan suku akhir, hari ini.
Badminton Sukan Asia 2014Pemain nombor satu negara itu tidak perlu banyak mengerah keringat apabila hanya mengambil masa 25 minit untuk menumpaskan Tamang Ratna Jit 21-10, 21-12 untuk memberi mata pertama kepada skuad negara.
Selepas itu, Chong Wei Feng juga tidak berdepan masalah sebelum menewaskan Shreshta Bikash 21-10, 21-13 untuk memberi mata kedua kepada skuad negara sebelum Iskandar Zulkarnain melengkapkan kemenangan apabila mudah menundukkan Tamrakar Sajan Krishna 21-3, 21-4.
Skuad negara akan berdepan China dalam perlawanan separuh akhir, esok untuk mengintai tiket ke final bagi edisi kali ini.
China yang diketuai Chen Long mengesahkan kemaraan ke kelompok empat terakhir dengan menewaskan Hong Kong 3-0 - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now