Perlu Ke Perjanjian Sewa Rumah?

Perlu Ke Perjanjian Sewa Rumah?Kepentingan menyediakan surat perjanjian atau dokumen sewa rumah, selalu diambil ringan oleh kebanyakan pemilik dan ramai yang tidak gemar untuk membuatnya kerana berasakan tiada keperluan.
Perjanjian Sewa RumahPakar hartanah, Tuanbri Hashim berkata, pihaknya sering menasihatkan tuan rumah dan penyewa supaya wajib membuat perjanjian sewa rumah, malah ia akan memudahkan mereka sekiranya berlaku sebarang kekeliruan atau berselisih pendapat mengenai apa yang dijanjikan sebelum rumah diduduki.
Beliau berkata, perjanjian sewa adalah satu kontrak yang ditandatangani oleh tuan rumah dan penyewa yang menyatakan semua terma dan syarat penyewaan hartanah.

“Syarat untuk surat perjanjian sewa rumah, tertakluk di bawah undang-undang Malaysia. Antara yang wajib ada ialah perlu mengandungi tarikh sewaan, tempoh sewaan, bayaran sewaan, cara bayaran sewaan dan maklumat penyewa.
“Bagi mereka yang ingin membuat sendiri surat perjanjian juga boleh, tetapi untuk mereka yang belum pernah, boleh mengupah peguam. Namun, saya cadangkan bagi mereka yang baru menjadi tuan rumah, upah peguam dan anda dapat menilai sendiri kandungan perjanjian terbabit selain mampu mengubah sebarang terma atau syarat mengikut keinginan serta kesesuaian sendiri,” katanya.
Menurutnya, terdapat bayaran yang dikenakan untuk penyediaan perjanjian terbabit dan lebih kurang RM200 hingga RM800 jumlah yuran yang selalunya dikenakan, bergantung kepada jenis hartanah dan setem duti juga berbeza mengikut kadar sewa.

Beliau berkata, peguam juga selalunya terbabit dalam penyediaan perjanjian manakala perunding hartanah pula sebagai pemudah cara.

Tuanbri berkata, setem perjanjian juga perlu dimatikan untuk memudahkan ia dibawa ke mahkamah sekiranya berlaku sebarang kes yang tidak diingini.

“Perjanjian sewa rumah ini juga boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau Inggeris bergantung kepada kesesuaian masing-masing,” katanya - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now