Permohonan Kemasukan UiTM Ijazah Sarjana Muda Online

Permohonan Kemasukan UiTM Ijazah Sarjana Muda Secara Online.
Anda berminat memasuki UiTM untuk menyambung pengajian tinggi anda? Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Cara buat permohonan UPU ke IPTA/UA, Politeknik & ILKA SEsi 2017/ 2018 sila klik Permohonan UPU 2017

permohonan uitm online

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) ONLINE

Panduan Permohonan Program Sarjana Muda Lepasan STPM  

  • 1. PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2017/2018 BAGI :

    1) PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK DIBUKA MULAI 16 JANUARI HINGGA 3 APRIL 2017. LAYARI http://online.uitm.edu.my/
    2) LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF DIBUKA MULAI 6 FEBRUARI HINGGA 31 MAC 2017. LAYARI http://upu.mohe.gov.my 1.
  • 2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan  program yang ingin dimohon di http://www.selangkah.uitm.edu.my/
  • 3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.
  • 4. Sila nyatakan Peringkat Program (SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian No. Slip di BSN.
  • 5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. TIADA PEMULANGAN BAYARAN sekiranya berlaku sebarang  kesilapan pembelian No. Slip.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM): 

  • 1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup  permohonan.
  • 2. Bumiputera Warganegara Malaysia.
  • 3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
  • 4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • 5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
Selamat membuat permohonan kemasukan ke UiTM secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran nanti.

PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI :

29 SEPTEMBER 2015 HINGGA 30 OKTOBER 2015

NOTA PENTING 

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

BAGI SEMUA CALON YANG INGIN MEMOHON KE PROGRAM SARJANA MUDA UITM KEMASUKAN MAC 2015 DISYARATKAN TELAH MENGAMBIL MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) DAN MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA MUET BAND SATU (1) KECUALI PROGRAM DI BAWAH:
BAND/TAHAP MUET
PROGRAM
KOD PROGRAM
4
1) SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)
ED241
2) SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
LW224

4 ATAU 3

(DENGAN UJIAN/ TEMUDUGA)
1) SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL)
LG240
3
1) SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SARJANA MUDA PEMBEDAHAN
MBBS240
2) SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN
DS240
3) SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN)
PH240
4) SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)
AC220
2
1) SARJANA MUDA KEJURURAWATAN (KEPUJIAN)
HS240
2) SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASAN GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA ARAB UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL)
LG242
3) SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT (KEPUJIAN)
AM225
4) SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (KEPUJIAN)
AM228
5) SEMUA PROGRAM SARJANA MUDA DI FAKULTI MUZIK
MU220 / 221 / 222 / 223
1
SEMUA PROGRAM SELAIN DI ATAS


BAGI KEPUTUSAN MUET YANG AKAN DIUMUMKAN PADA JANUARI 2015, PERMOHONAN CALON AKAN DIPERTIMBANGKAN SEMASA PROSES RAYUAN PADA BULAN MAC 2015 BERDASARKAN KEKOSONGAN TEMPAT.


2 comments.. read them below or add one

Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Oktober, 2014
utk yg tmt pengajian diploma pada bulan mac 2014, peringkat prog mane yg kne mohon? samada penerapan or srjana muda...
nurcahaya kemaafan nurcahaya kemaafan 07 Oktober, 2014
Bagi pelajar yg sedang berada di sem 1 uitm layakkah memohon? Sebab saya nak cuba mohon untuk ijazha sarjana muda perubatan dan pembedahan sesi mac 2015.. Layakkah?