Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ) Online. Anda rakyat Johor dan ingin memiliki rumah mampu milik? Berikut disertakan panduan penting berkenaan cara membuat permohonan dan pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara online. Rumah mampu milik adalah rumah yang dibina untuk keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap negeri mempunyai Program Rumah Mampu Milik mereka seperti Selangor dengan Rumah Selangorku Online. Wilayah Persekutuan melalui Majlis Agama Islam WP dengan Rumah RUMAWIP dan tidak terkecuali SPNB dengan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Pembinaan Rumah Mampu Milik ini dapat membantu mereka yang sukar membeli rumah dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil disamping harga rumah yang melambung naik kini. Bekas PM, Tun Mahathir telah memuji Johor kerana telah membina banyak rumah mampu milik tidak termasuk rumah PR1MA. 
 
Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Dipetik dari Portal Rasmi http://erumah.johor.gov.my/, berita baik bagi Rakyat Johor yang layak, anda boleh mendapatkan rumah mampu milik Negeri Johor dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara online melalui laman web seperti tertera di bawah ini. 

Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji

Berikut adalah senarai jenis rumah dan kedai yang ditawarkan :-

1. Rumah Komuniti Jenis A

Harga Rumah : RM 42000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00

2. Rumah Komuniti Jenis B

Harga Rumah : RM 80000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00

3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah

Harga Rumah : RM 150000.00 - RM 220000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00
Permohonan Rumah Mampu Milik perlu dibuat secara online. Sebarang permohonan yang menggunakan borang bercetak tidak akan diterima.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan RMMJ. Sila baca sebelum memohon.
  • 1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000 pendapatan kasar bulanan.
  • 2. Berkahwin / bujang layak memohon
  • 3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  • 4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  • 5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
  • 6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
  • 7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
  • 8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
  • 9. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Cara Buat Permohonan & Pendaftaran

Langkah 1

Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Sila daftar di APPLIKASI PENDAFTARAN

Langkah 2

Login ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang betul dan tepat.

Langkah 3

Pilih Mukim dan ketegori rumah dan hantar permohonan

Langkah 4

Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.

Informasi Penting

  1. Semakan PermohonanSEMAKAN
  2. Syarat Permohonan - Klik Syarat
  3. Manual Pengguna - Klik eRumah 

Rumah Mampu Milik Johor Tidak Boleh Jual Dalam Tempoh 5 Tahun

Kerajaan negeri Johor bakal menetapkan syarat baru kepada pembeli rumah mampu milik di negeri itu untuk menyekat mereka daripada menjual kediaman masing-masing dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata syarat itu akan dilaksanakan untuk menghalang pembeli rumah mampu milik daripada sewenang-wenangnya mengaut keuntungan dengan mudah dengan menjual rumah mereka kepada orang lain dengan harga yang tinggi.

"Rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri telah memperuntukkan subsidi yang sangat tinggi jumlahnya berbanding harga kos sebenar yang perlu ditanggung oleh pembeli terhadap rumah tersebut," kata beliau.

"Kita tidak mahu warga asing pula yang memiliki rumah terbabit dengan meletakkan harga yang tinggi supaya dapat mengaburi mata pembeli warga tempatan dan disebabkan hal itu, syarat baru itu dikenakan kepada pembeli," katanya.


Cara Hubungi

Bahagian : Bahagian Perumahan.
Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261

Waktu Bekerja

Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
Khamis - 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu - Tutup

Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)

1. Bahagian Perumahan ( Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000 Muar, Johor.

2. Bahagian Perumahan ( Cawangan Batu Pahat)
d/a Pejabat Daerah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor.

3. Bahagian Perumahan ( Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000 Kluang, Johor.

4. Bahagian Perumahan ( Cawangan Segamat)
No 1G,  Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.

5. Bahagian Perumahan ( Cawangan Mersing)
d/a  Pejabat Daerah Mersing,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.

Semoga mereka yang layak akan berjaya dalam Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online (RMMJ) ini. Sumber : eRumah Johor
  

1 comment... add one now

Renuga Renu Renuga Renu 08 Ogos, 2016
De x rumah murah dlm kos rendah ni area mn?