Cara Sindiket Godam Mesin ATM Untuk Keluarkan Wang

Polis Kenalpasti Cara Sindiket Godam Mesin ATM Untuk Keluarkan WangSindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.
sindiket godam mesin atmPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam. 
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata, suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata setakat Isnin sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.
Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya.
Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.
"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungiBernama.
Azisman berkata, modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor pada Ahad.
Pada Ahad, media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam pada Ahad dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih - mStar online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

phat dot my phat dot my 02 Oktober, 2014
banyak gila ATM dia orang sebat