Proton Iriz Lawan Perodua Axia Atau MyVi?


Proton Iriz Lawan Perodua Axia Atau MyVi?  | Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model terbaharu mereka selang beberapa hari sahaja iaitu pada semalam atau 15 September untuk Axia dan Kereta Kompak Proton (PCC) pada 25 September ini.
proton vs peroduaTetapi mungkin tidak mengejutkan jika ada yang beranggapan bahawa PCC atau Proton 'Iriz' (nama untuk PCC mengikut tekaan blog automotif) dilancarkan untuk menyaingi Perodua Axia.

PCC seperti yang ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, adalah kereta kompak dalam segmen B dengan kapasiti enjin di antara 1.3 liter dan 1.6 liter.

Berbanding dengan Perodua Axia, ia juga merupakan kereta kompak tetapi dalam kategori segmen A dengan enjin 1.0 liter.

Oleh itu, agak sukar untuk mengaitkan pelancaran Axia ataupun PCC walaupun dalam bulan yang sama adalah untuk menyaingi antara satu sama lain.

PCC dilahirkan untuk memberi alternatif kepada pasaran segmen B iaitu Perodua Myvi, Honda Jazz, Kia Rio, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Mitsubishi Mirage, Suzuki Swift dan Peugeot 208.

Ketepikan dahulu Honda Jazz, Kia Rio, Ford Fiesta dan lain-lain kerana PCC dilihat akan 'berentap' dengan Myvi yang merupakan pendahulu pasaran untuk segmen tersebut.

Jualan keseluruhan kenderaan penumpang didominasi oleh Perodua iaitu pengeluar kereta kompak terkenal dengan 196,071 buah bagi tempoh Januari hingga Disember 2013. Proton pula menduduki tempat kedua dengan 138,753 buah pada tempoh yang sama dan sedikit jatuh berbanding 141,120 buah pada tahun 2012.

Faktor ini mungkin menyebabkan Proton perlu melakukan sesuatu supaya mereka boleh terus bernafas dalam industri automotif yang semakin berdaya saing dan ditambah dengan Dasar Automotif Negara 2014 yang mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk kenderaan cekap tenaga (EEV).

Tetapi sebenarnya program PCC telah dimulakan pada 2010 dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Dengan kata lain, Proton telah lama mempunyai hasrat untuk menghasilkan kereta kompak memandangkan kereta kompak semakin menjadi pilihan terutamanya bagi pembeli di bandar.
Dengan jangkaan kos sara hidup yang meningkat, pengguna terpaksa berjimat dalam semua segi dan antaranya pemilihan kenderaan yang sesuai dengan dompet mereka.

Bagi Perodua, mereka mengutamakan kenderaan 'entry level' iaitu dengan memperkenalkan produk pada harga yang murah dan berpatutan untuk pembelian kereta pertama mengikut piawaian Daihatsu, iaitu rakan baik mereka yang merupakan pengeluar kereta kompak untuk eksport.

Perodua kini mengutamakan penjimatan kos untuk menjadikan produk mereka mampu milik yang dicetuskan daripada kilang terbaharu mereka yang bertaraf dunia melalui penggunaan robot.

Manakala Proton, mereka mengutamakan keselamatan dengan menampilkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti sistem brek antikekunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) bantuan brek (BA) hill-hold assist (HHA) dan sistem penyaluran brek (EBD).

Kilang Proton di Tanjung Malim juga menggunakan robot bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti produk.

Keseluruhan PCC adalah dibangunkan oleh pereka dan jurutera rakyat tempatan, rakyat Malaysia yang merupakan satu antara 14 buah negara di dunia yang mampu membuat kereta.

Dengan kata lain, PCC dibangunkan mengikut cita rasa tempatan yang dilahirkan dengan ciri-ciri reka bentuk dan keselamatan yang setaraf dengan kereta buatan Jepun dan Eropah.

Pada akhirnya, pengguna akan membuat keputusan dalam memilih produk Proton atau Perodua dan faktor harga tidak boleh diketepikan sama sekali - Utusan online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now