Punca Pesawat MH198 Ke Hyderabad Mendarat Cemas Di KLIA

Punca Pesawat MH198 Ke Hyderabad Mendarat Cemas Di KLIAPenerbangan Malaysia Airlines MH198 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India berpatah balik dan mendarat kecemasan awal pagi Ahad.
width="300" height="250"Pesawat itu dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang selepas mengalami masalah teknikal.

Laman twitter Flighradar24 berkata: Pesawat Malaysia Airlines #MH198 tertangguh dan berlaku kebakaran selepas berlepas http://www.flightradar24.com/MAS198/451ce1e

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata pusingan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan.

"Isu teknikal tersebut tidak memberi sebarang impak kepada keselamatan pesawat ataupun penumpang," kata MAS.

MH198 mendarat KLIA pada 2.01 pagi Ahad. Ia berlepas pada jam 10.20 Sabtu malam.

MAS berkata penumpang diberikan tempat penginapan di hotel berhampiran dan dijangka akan berlepas tengah hari Ahad.

"MH198 dijadualkan beroperasi sekali lagi sebagai MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah hari."

"Penerbangan akan tiba di Hyderabad pada 1.35 hari ini," jelas kenyataan itu - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now