Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2017 Online

Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2017 Online. Berita baik buat pemohon yang telah menghadiri temuduga Latihan Separa Perubatan. Menurut Portal Rasmi SPA, semakan keputusan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2017 kini boleh disemak secara online. Berikut dikongsikan link applikasi semakan untuk keputusan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2017. Untuk makluman, calon yang berminat dengan Latihan Separa Perubatan perlu membuat permohonan melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan SPA

Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2017

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan ambilan sesi Januari 2017.

  1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2017 : Klik    (Sarawak)
  2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2017 : Klik     (Semenanjung)
  3. Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan) Sesi Januari 2017 : Klik    (Sabah)
Kepada lulusan SPM yang berusia 17 hingga 25 tahun yang ingin memohon, Latihan Separa Perubatan adalah program yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Peringkat Diploma adalah selama 3 tahun. Manakala Peringkat Sijil pula ditawarkan selama 2 tahun. 

Maklumat Pengambilan Latihan Separa Perubatan SPA

Untuk makluman, pengambilan calon Latihan Separa Perubatan dibuat sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut. 
 
Sebanyak 13 latihan disediakan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.  Berikut adalah program latihan yang ditawarkan :-

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  3. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  4. Latihan Jururawat Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  11. Latihan Jururawat Masyarakat
  12. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  13. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Tahniah kepada yang berjaya dalam sesi temuduga Latihan Separa Perubatan.

0 comment... add one now