Senarai Enam Penerima Anugerah Berprestij, Anugerah Merdeka 2014

Anugerah Merdeka 2014

Senarai Enam Penerima Anugerah Berprestij, Anugerah Merdaka 2014 | Kartunis tersohor Malaysia, Datuk Mohammed Nor Khalid dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Dr Choo Yuen May adalah antara enam penerima anugerah berprestij, Anugerah Merdeka 2014, tahun ini.
Empat lagi penerima ialah bekas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Mohd Khan Momin Khan, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia Prof Dr Abdul Latif Ahmad, Dekan Penyelidikan, Bahan dan Pembuatan Penyelidikan Bersekutu Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail dan ahli biologi kelahiran United Kingdom, Earl of Cranbrook kelima.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka mengumumkan nama penerima ketika bertitah di Kelab Petroleum Malaysia hari ini.
"Pencarian, pencalonan dan pemilihan penerima Anugerah Merdeka yang bermula pada Januari tahun ini dijalankan secara rapi serta menyeluruh dan sejak diwujudkan pada 2007, pencapaian dan sumbangan 22 individu serta dua organisasi mendapat pengiktirafan," titah baginda.
Mohammed Nor atau lebih dikenali sebagai Lat, 63, dipilih daripada kategori pendidikan dan komuniti berdasarkan sumbangan cemerlang beliau terhadap promosi serta pemajmukan identiti budaya Malaysia menerusi penggunaan kartun dan usaha memupuk persefahaman serta saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. - BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now