Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Selangor 1 Oktober 2014

Gangguan Bekalan Air Di Selangor
Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Selangor 1 Oktober 2014 Beberapa kawasan di Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 1 Oktober mulai 9 malam hingga 5 pagi keesokannya (2 Oktober).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air di beberapa kawasan tersebut.

Katanya di Petaling, kawasan yang terjejas adalah seluruh kawasan USJ 2, USJ 3 dan USJ 4 manakala di Hulu Langat membabitkan 34 kawasan.

Kawasan yang terjejas di Hulu Langat ialah Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Sungai Besi Indah 1, Taman Sungai Besi Indah 2, Taman Sungai Besi Indah 3, Taman Harmoni Indah, Taman Puncak Utama Seri Kembangan, Taman Putra Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya dan Kawasan Perindustrian Balakong.

Taman Industri Selesa Jaya Seri Kembangan, Taman Industri Balakong, Taman Tanming Permai, Taman Industri Lifong, Taman Tanming Ria, Taman Sungai Besi Indah Zon 1, Juta Mines Kondominium Seri Kembangan, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Taman Impian Ehsan Seri Kembangan dan Taman Desa Karunmas Seri Kembangan.

Taman Bukit Emas, Taman Impian Indah, Taman Taming Indah, Taman Sejati, Taman Seri Sungai Long, Taman Bukit Sungai Long, Rumah Kenangan Cheras, Taman Industri Balakong Jaya, Taman Setia Balakong, Taman Sinaran dan Kawasan Perdagangan Desaria Seri Kembangan.

Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut.

Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas' - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now