Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Astro

LIVE Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Astro

Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia AF 2014 Astro | AF 2014 adalah satu pertandingan nyanyian terbuka kepada peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun. Ini adalah kali ke 11 Akademi Fantasia bakal disiarkan dan pada tahun ini, format asal seperti kamera tersembunyi akan diserapkan kembali.
  • KEPUTUSAN DAN KONSERT AKHIR AF2014 DI SINI

Diari AF – turut dihoskan oleh Jihan Muse, Diari AF memaparkan kehidupan seharian pelajar-pelajar AF di akademi. Penonton bakal menyaksikan persiapan pelajar-pelajar untuk mempersembahkan lagu tugasan masing-masing untuk konsert mingguan. Seperti musim-musim yang sebelumnya, mereka bakal dilatih dari sudut vocal, tarian, dan juga persembahan oleh tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman seperti Fatimah Abu Bakar, Marlia Musa, Siti Hajar, Acis dan Linda Jasmine. Selain itu, turut dapat disaksikan di dalam diari bagaimana pelajar-pelajar ini berinteraksi antara satu sama lain.
Konsert AF – Dihoskan oleh Zizan Razak, kesemua pelajar yang masih bertanding bakal memberikan persembahan lagu tugasan mingguan mereka di pentas Konsert AF. Setiap minggu, mereka bakal menghadapi kritikan oleh juri tetap dan juri jemputan dan nasib mereka bakal ditentukan oleh undian SMS daripada penonton 100%. Setiap minggu, penyingkiran bakal dijalankan serta kejutan-kejutan yang tidak dijangka bakal berlaku. Pelajar-pelajar yng terbaik bakal berentap di Konsert Akhir AF  dan seorang bakal dinobatkan sebagai juara.
Sila layari http://www.youtube.com/user/aftalentaesb dan http://www.astrogempak.com.my/akademifantasia.aspx

Konsert Mingguan

Ahad 9:00 Malam bermula 7 September 2014
Astro Ria & Astro Maya HD


Diari AF 2014

Setiap Hari 9:00 Malam bermula 1 September 2014
Astro Ria & Astro Maya HD

0 comment... add one now