Sistem Gred Markah PT3 Dan Jenis Pentaksiran

Sistem Gred Markah PT3 Dan Jenis Pentaksiran. PMR telah dimansuhkan bermula tahun 2014 dan digantikan dengan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 buat pelajar Tingkatan 3. Berbeza dengan PMR, PT3 adalah lebih menyeluruh dan menguji tahap calon dengan begitu terperinci dan bukannya bergantung kepada ujian bertulis dan objektif sahaja seperti PMR. Kesemua penilaian markah bagi setiap subjek direkodkan dan di kategorikan mengikut gred pemarkahan PT3 seperti yang tertera dibawah.

Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris calon perlu menduduki ujian bertulis dan ujian lisan. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. 

Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes. 
 
Gred Pemarkahan Peperiksaan PT3 Pentaksiran Tingkatan 3
gred pt3
Gred PT3 Mengikut Peratusan Markah Terkini Mulai 2015

  • A 85-100
  • B 70-84
  • C 60-69
  • D 50-59
  • E 40-49
  • F 01-39
  • Tidak Hadir (TH)- 0
Nota: Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.


** Ada kedengaran tentang kemungkinan terdapat perubahan dalam julat markah keputusan peperiksaan PT3 2015 di mana Gred Markah A akan diturunkan ke julat 80 hingga 100 buat KHB dan bukan KHB. 
gred markah pt3 terkini 2015

Gred B untuk KHB pula adalah 65-79 dan Gred C 50-64. Untuk selain KHB, markah 70-79 adalah Gred B dan 60-69 adalah Gred C. Apa-apapun kita nantikan sama-sama pengumuman rasmi dari LPM jika julat markah PT3 2015 ini akan ditukar.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Anonymous Anonymous 19 November, 2014
gred E tu dah dikira lulus kan ?
Anonymous Anonymous 19 November, 2014
70% gred A atau B utk subjek geo dan sej? Mohon pencerahan...tq.
Anonymous Anonymous 21 November, 2014
69% gred b ke di dalam bahasa inggeris mohon penjelasan
Rossa Calla Rossa Calla 22 November, 2014
semuanya ada diterangkan dalam jadual di atas thks
Anonymous Anonymous 22 December, 2014
E lulus atau tidak untuk pt3
Anonymous Anonymous 23 December, 2014
Adui bodoh jg student pt3 ni..sda terbukti.jadual d ats sda ad mau lgi tnya.kptusn truk gov yg d marah.hri tu bukan main ego student pt3 bgitw sistem bru dorng.skrng..marh pula klu kptusn truk.
Intan Intan 13 February, 2015
Admin,bolah saya tahu jadual markah tu dapat dari mana? saya nak buat rujukan
Rossa Calla Rossa Calla 11 December, 2015
sila klik https://sapsnkra.moe.gov.my/arkib.php