Skuad Bawah 23 Malaysia Tewas Kepada Yaman

Keputusan Penuh Skuad Bawah 23 Malaysia Vs Yaman | Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada perlawanan persahabatan pemanas badan Sukan Asia menentang Yaman tidak kesampaian apabila tewas 1-0, sebentar tadi.
Harimau muda vs yamanPada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bermula agak perlahan dengan Yaman lebih banyak menguasai permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang dicipta namun gagal mencetus jaringan.
Sekalipun lebih menguasai babak kedua, namun ketumpulan jentera serangan skuad B-23 negara menyaksikan gawang Yaman yang dikawal Saoud Al Sowadi terselamat.
Peluang terbaik negara untuk menyumbat gol hadir menerusi Zubir Azmi pada minit ke-58 namun rembatan voleynya terkena palang sekalipun Saoud sudah pun tertewas.
Ia diikuti cubaan daripada penyerang PDRM, Ashri Chucu pada minit ke-69 sebelum cubaan Amirul Hisya, seminit kemudian meliar ke kiri gawang Yaman.
Dan ketika sedang rancak menyerang, serangan balas Yaman berjaya menghasilkan gol hasil jaringan.
Gol Yaman hadir menerusi pemain gantian, Mohd Fuad pada minit ke-80 menerusi tandukan selepas tidak mensia-siakan hantaran cantik dari luar kotak penalti Akram Al Worafi menewaskan Mohd Farhan Abu Bakar.
Untuk rekod, skuad kebangsaan negara pernah menewaskan pasukan sama dua kali ketika perlawanan kelayakan Piala Asia.
Perlawanan ini menjadi medan ujian buat Kim Swee dalam rangka menyiapkan pasukan sebelum mengharungi kempen Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.
Ribuan peminat hadir menyaksikan perlawanan terbabit dengan gemuruh sokongan terus kedengaran sekalipun Harimau Muda tewas - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now