SR1M Sim Kad Rakyat 1Malaysia Terbaru

Apa itu SR1M | Memperkenalkan talian baru untuk rakyat Malaysia, Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M)! Kadar rendah yang hanya ditawarkan melalui SR1M akan secara tidak langsung memberi harapan baru kepada rakyat atau golongan berpendapatan rendah untuk menggunakan sistem telekomunikasi yang terkini dan canggih seperti perkhidmatan jalur lebar dan 4G. Ini sekaligus akan merealisasikan harapan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan telefon pintar oleh setiap rakyat di negara ini.
SR1M

New Prepaid SR1M - Talian Prabayar Baru Untuk Rakyat

Sejajar dengan usaha kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang lebih sempurna dengan memperkenalkan produk-produk 1Malaysia, maka Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) akan menambahkan satu lagi produk 1Malaysia yang secara jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Produk yang bakal diperkenalkan ini bukan sahaja akan ditawarkan dengan harga rendah malah ianya juga mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama di Malaysia.
Sasaran pengguna utama adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak kira di luar bandar atau di bandar. Pengguna daripada kalangan lepasan sekolah pula merupakan golongan sasaran kedua yang berpotensi untuk menikmati kadar rendah SR1M. Selain daripada itu, usaha mencambahkan peniaga Bumiputera yang baru dalam bidang telekomunikasi juga amat dititikberatkan dalam menjayakan program ini.
Produk Simkad Rakyat 1Malaysia ini pastinya akan memberi banyak manfaat kepada pengguna atau rakyat samada secara langsung atau tidak langsung. Antara manfaatnya ialah dengan pewujudan produk ini maka akan membuka akses golongan berpendapatan rendah terhadap dunia telekomunikasi yang terkini iaitu dengan perkhidmatan jalur lebar, 4G dan sebagainya. Akses kepada lebuhraya maklumat akan berada di hanya hujung jari selain memudahkan hubungan dua hala antara pengguna di bandar dengan penguna di luar bandar.
Inisiatif ini adalah merupakan hasil usaha pihak Optic Tech Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal dengan kerjasama Clixster sebagai rakan kongsi dalam menyediakan jaringan telekomunikasi yang terkini dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

CIRI-CIRI SR1M



Tiada Pelan, Tiada Komitmen

Tidak perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang ditawarkan.


Kadar Rata Ke Seluruh Negara

Nikmati kadar rata panggilan ke seluruh negara bersama 20% rebat kredit untuk setiap isian semula dari pengedar berdaftar SR1M.


Kualiti Liputan & Rangkaian

SR1M menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal rangkaian sedia ada.

PANDUAN SR1M
CARA MEMERIKSA BAKI
Anda boleh memeriksa baki dengan menekan *126# dan kemudian tekan butang panggil.
KHIDMAT PELANGGAN
Hubungi talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M.
CARA MENAMBAH NILAI
Tambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih. Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

NOMBOR USSD
*126# dan tekan butang panggil untukPertanyaan Baki.

*129# dan tekan butang panggil untukMenu Pengguna.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now