Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014

Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Raya Aidiladha ditetapkan petang 24 September 2014 (Rabu) bersamaan 29 Zulkaedah 1435H. 

Tarikh Lihat Anak Bulan Hari Raya Aidiladha 2014Perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 

Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan, antaranya ialah di Pontian Kecil di Johor, Tanjung Bidara di Melaka, Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor. 

Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 17 September, 2014
rasa2 macam baru jer raya aidilfitri kann??? ^_^