Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014

Tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2014 | Untuk makluman kepada semua calon SPM 2014, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2014 yang akan diadakan pada hari Khamis 13 November 2014. 


Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran
kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen.


ARAHAN KEPADA GURU
Pembinaan Bangsa Dan Negara Malaysia Yang Berdaulat1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum
tarikh peperiksaan.
2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat
persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang
akan diberikan pada hari peperiksaan.
3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan
sebelum hari peperiksaan.
4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenal pasti
kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari
maklumat pada hari peperiksaan.
5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang
diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang
di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal
sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan
maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan
Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik
dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah,
surat khabar, internet dan bahan-bahan lain yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah,
nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam
dewan/bilik peperiksaan.
7. Calon hendaklah memastikan penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak
mengganggu calon lain.

KERTAS SOALAN TAMAT



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now