TNB Tidak Terima Cek Pembayaran Bagi Bil Telekom, Air, PBT Bermula 1 Oktober 2014

TNB Tidak Terima Cek Pembayaran Bagi Bil Telekom, Air, PBT Bermula 1 Oktober 2014 | Berkuat kuasa 1 Oktober ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi akan menerima cek pembayaran bagi bil Telekom Malaysia, pembekal air negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Ia membabitkan semua kaunter dan kios pembayaran TNB.
TNB tak terima cekPengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata pemansuhan penerimaan cek terpaksa dilaksanakan susulan banyak berlaku kes penipuan.
"Bagaimanapun kami masih menerima pembayaran melalui cek untuk bil TNB," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelanggan perlu menulis nombor akaun TNB (14 digit) di belakang cek yang dipalang untuk bayaran kepada 'Tenaga Nasional Berhad'.
Bayaran hanya dianggap sah setelah cek ditunaikan.
- BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 17 September, 2014
Banyak sgt cek tendang agaknya..