Trio Memanah Malaysia Cipta Sejarah Di Sukan Asia 2014

Trio Memanah Malaysia Cipta Sejarah Di Sukan Asia 2014 | INCHEON - Skuad memanah negara memahat sejarah tersendiri dalam penyertaan Sukan Asia apabila melangkah ke saingan akhir buat kali pertama dalam acara recurve berpasukan lelaki di Padang Memanah Gyeyang Asiad semalam.

final recurve memanah malaysiaPasukan Malaysia yang diwakili Haziq Kamaruddin, Atiq Bazli Bakri dan Khairul Anuar Mohamad mara ke perlawanan akhir selepas menang 5-1 ke atas Jepun di separuh akhir semalam untuk menempah pertemuan dengan China pagi ini AHAD jam 1015 pagi.

Sekiranya trio Malaysia tersebut berjaya meraih pingat emas ia akan menjadi satu kejayaan dan kejutan paling besar buat negara.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now