Malaysia Vs Arab Saudi 0 - 3 Sukan Asia 2014

Malaysia Vs Arab Saudi 0 - 3 Sukan Asia 2014 Cabaran skuad bola sepak negara di Sukan Asia berakhir selepas tewas kepada Arab Saudi 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang, petang tadi.
Video Gola Malaysia Vs Arab Saudi 0 - 3 Sukan Asia 2014Sekali gus ini bererti barisan Harimau Muda pimpinan Datuk Ong Kim Swee terlepas tiket ke pusingan kedua kejohanan, sebaliknya lawan dari negara Teluk itu akan mengiringi tuan rumah, Korea Selatan untuk meneruskan cabaran di Incheon.
Skuad negara bertindak baik untuk mengekang lawan dan terikat 0-0 pada babak pertama namun cabaran mereka tersentak apabila terpaksa mengharungi baki permainan berbekal 10 pemain selepas Muhammad Zubir Mohd Azmi dilayangkan kad merah pada minit ke-33.
Arab Saudi yang buntu pada babak pertama bangkit lebih kemas selepas rehat untuk menjaringkan tiga gol menerusi Abdullah Fareed I Alhafith pada minit ke-55, Majed Omar A Kanabah (m-72) dan Ahmed Hassan J Al Shehri (m-83).
Senarai pemain
MALAYSIA: Mohamad Izham Tarmizi Roslan (Shahrul Mohd Saad), Brendan Gan, Ashri Chuchu (Nazirul Naim Che Hashim), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Kapten), Mohd Nor Farhan Muhammad, Gary Steven Robbat, Junior Eldstal, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Mohamad Fandi Othman), Mohamad Fadhli Mohd Shas,Muhammad Nazmi Faiz Mansor.
ARAB SAUDI: Abdullah Faisal M Alarraf, Mazen Ibrahim O Mohammed, Abdullah Mohammed M Madu, Abdullah Fareed I Alhafith (Kapten), Husain Massoud A Almonassar (Abdullah Ibrahim Y Otayf), Abdul Karim Ayid M AlQahtani, Abdul Aziz Ali M Albishi, Majed Omar A Kanabah, Abdul Rahman Khalid M Alrio, Zakaria Sami A Alsudani, Saleh Khalid M Alshehri (Ahmed Hassan J Alshehri).
Pengadil: Pu Udom Sivakom (Thailand) - BH online

0 comment... add one now