Adel Calon Favourite Masuk Kembali Ke AF 2014

Calon Favourite Masuk Kembali Ke AF 2014
AF SERAP
Adel Calon Favourite Masuk Kembali Ke AF 2014 AF SERAPPenyingkiran Muna dan yang terbaru Adel dimana kedua-duanya telah menunjukkan persembahan yang baik pada konsert Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi fenomena dan topik hangat di media sosial sehingga ada yang tidak berpuas hati.
Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa yang juga telah tersingkir juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.
Musim AF tanpa gimik adalah tidak sah. Oleh itu atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir seperti di atas masuk ke AF 2014. Ianya buka AF Masuk sebaliknya dipanggil AF Serap.
Ianya telah diumumkan oleh Dato Hattan, pengetua #AF2014 menerusi program Meletop dimana AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti. Pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.
Keputusan AF Serap akan diumumkan di Konsert Separuh Akhir #AF2014 pada Ahad ini 2 November 2014, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (135).
Jadi, siapakah pelajar di atas yang bakal dipilih oleh tenaga pengajar?
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now