Al-Fatihah Ibu Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Meninggal Dunia

Ibu Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Meninggal Dunia
Al-Fatihah Ibu Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Meninggal Dunia | Mari kita sama-sama menghadiahkan AL-Fatihah kepada Ibu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Noah, 82, yang meninggal dunia pada kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat. 

Allahyarhamah yang juga balu kepada Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua.
Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi Sabtu dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

Jenazah Allahyarham Tun Suhailah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi Sabtu - mStar online.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now