Amaran Puting Beliung Palsu Di KL Dan Putrajaya 27 hingga 30 Oktober 2014

Amaran Puting Beliung Palsu
Fenomena Belalai AIr di Bintulu, Sarawak
Amaran puting beliung di KL dan Putrajaya pada 27 hingga 30 Oktober 2014 yang kini tersebar meluas dalam WhatsApp adalah palsu. Ini disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam Whatsapp.

"Ia maklumat palsu... hentikan penyebaran maklumat itu," kata Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari.

Amaran puting beliung palsu di KL dan Putrajaya
ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober 2014, yang boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan. 
Sebelum ini berlaku beberapa kejadian puting beliung atau water spouts dan juga fenomena belalai air di Bintulu dan sekitar kawasan Pendang, Kedah, Penang dan yang terkini di Pandamaran, Klang.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now