Awas Penipuan BR1M Amaran Dari LHDN

Awas Penipuan BR1M Amaran Dari LHDN | Jumlah bantuan bertambah, jenayah pun nampaknya bertambah. Itulah yang terjadi sekarang.

i brim scamLembaga Hasil Dalam Negeri telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan e-mel atau SMS yang menawarkan perkhidmatan insurans Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan berkata mereka tiada mengeluarkan sebarang mesej tersebut. 

LHDN berkata bahawa terdapat banyak pertanyaan dari orang ramai yang telah menerima mesej tersebut berkenaan perkhidmatan insurans yang dipanggil i-BR1M. 

"LHDN mengesahkan bahawa LHDN tidak ada menerbitkan atau mengeluarkan sebarang e-mel atau SMS melalui mana-mana pegawai kepada mana-mana pemohon atau penerima,"

LHDN menggesa mereka yang telah menerima e-mel atau SMS untuk memadamnya dan mengabaikannya. Untuk penjelasan lanjut, sila layari laman web rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau hubungi 1-800-88-2716.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now