Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Sebuah Restoran Makanan Segera

Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Sebuah Restoran Makanan Segera | Seorang lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera. Adakah ianya McDonald's???
bangkai tikusRon Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.
"Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus," katanya kepada BBC.
Dead mouse 'found in McDonald's coffee'
Ron Morais menunjukkan anak tikus di dalam cawan kopinya.
Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.
Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
"Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti," jelasnya - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now