Berita Terkini Bot Penumpang Terbalik Di Perairan Chendering Terengganu 23 Oktober 2014

Bot Penumpang Terbalik Di Perairan Chendering
Berita Terkini Bot Penumpang Terbalik Di Perairan Chendering Terengganu 23 Oktober 2014Kuala Terengganu: Sebuah bot yang membawa penumpang warga Indonesia terbalik kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering, di sini, malam ini.
Setakat jam 11 malam ini, difahamkam seramai 11 penumpang yang semuanya warga Indonesia berjaya diselamatkan dengan bantuan dua bot nelayan yang dalam perjalanan pulang menangkap ikan.
Difahamkan, kejadian disedari juragan dan anak kapal warga Vietnam, yang ternampak objek manusia terapung di permukaan air.
Bagaimanapun, jumlah mangsa sebenar belum dapat dipastikan berikutan masalah komunikasi antara anak kapal warga Vietnam dan warga Indonesia.
Ketika ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sedang menjalankan operasi menyelamatkan mangsa - lapor BH online. kredit gambar 

Terkini
Semua 11 warga Indonesia yang ditemui terapung selepas 25 jam hanyut di lautan mendakwa menjadi mangsa rompakan kapal tangki di Laut Sumatera.

Perkara itu diketahui sebaik mangsa yang ditemui atas rakit keselamatan oleh nelayan Vietnam itu membuat laporan polis di Balai Polis Chendering pada kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, bagaimanapun, semua mangsa yang ditemui terapung kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan.

"Mereka ditemui nelayan Vietnam kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering. Laporan awal yang diterima menyatakan berlaku kejadian bot karam membabitkan pelancong, bagaimanapun hanya selepas laporan polis dibuat baharu kami tahu siapa sebenarnya mereka.

"Mungkin masalah komunikasi yang menyebabkan maklumat yang diterima bercanggah. Tentunya pihak polis akan melakukan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan mereka yang dikatakan dirompak di Laut Sumatera," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Jurucakap itu berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, perompak mengikat semua mangsa sebelum menempatkan mereka di atas rakit keselamatan dan dihanyutkan ke laut.

Beliau berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.45 malam sebelum sepasukan anggota ke Pantai Chendering untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.- lapor mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now