Berita Terkini Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014

Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014
Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014  | Keselamatan kampus Univesiti Malaya (UM) akan diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok, lapor portal berita The Malaysian Insider.

Menurut Naib Canselor Hal Ehwal pelajar (HEP) Prof Datuk Dr Rohana Yusof, ia dipercayai bertujuan bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk untuk menyampaikan pidato di situ.

“Kesemua pintu agar universiti (kecuali pintu pagar utama) akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.

“Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.

“Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober,” katanya.

GAMBAR SEKITAR PIDATO UMUM ANWAR IBRAHIM DI UM DI SINI


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu tambah, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang.

Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM).

Pihak universiti bagaimanapun melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.

Menurut Rohana berkata program PMUM itu haram kerana tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM serta dikatakan memberi pandangan negatif terhadap universiti selain mencemarkan imej UM - Astro Awani


Terkini
Universiti Malaya (UM) nafi memberi amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada hari esok.

Menurut Naib Canselor Hal Ehwal pelajar (HEP) Prof Datuk Dr Rohana Yusof, pihaknya juga menafikan bahawa keselamatan kampus akan diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan.

“Tidak aka perkara bahawa polis akan mengambil alih, UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?

“Tidak ada notis, UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku,” kata beliau kepada portal beritaMalaysiakinihari ini.



BH Online jam 830pm 27 Okt 2014
Sekumpulan lebih 50 pelajar Universiti Malaya (UM) mula memenuhi pekarangan pintu masuk universiti berkenaan malam ini.
Mereka berhimpun di hadapan pintu berkenaan dipercayai bagi menanti ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan hadir.
Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati pintu pagar utama untuk memasuki universiti tertua di Malaysia itu ditutup dengan pengawal keselamatan mula mengawal ketat kawasan berkenaan.

Astro Awani
Sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah rempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya (UM) di sini untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini.

Kumpulan pelajar itu, termasuk Professor Undang-undang UM Prof Azmi Sharom, merempuh pintu pagar universiti apabila pihak keselamatan UM menutup pintu itu untuk menghalang para pelajar keluar atau masuk ke kawasan kampus.

Sebaik dirempuh dan dibuka, kesemua pelajar memasuki kampus itu untuk menghadiri acara pidato bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" yang diadakan di Dewan Tunku Chancellor.



BH Online
Jam 935 malam - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Universiti Malaya pada kira-kira jam 9.35 malam ini bagi menyertai Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara.
Anwar diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.
Mereka kemudiannya menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) universiti berkenaan.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Anwar masih menaruh harapan untuk dibebaskan dalam rayuan kes liwatnya yang akan didengar semula di Mahkamah Persekutuan, esok.
Ketua umum PKR itu ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 pelajar di pekarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya sebentar tadi turut menyatakan sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dipenjarakan jika rayuannya ditolak.
"Saya masih berharap hakim (Mahkamah Persekutuan) membuat keputusan berlandaskan undang-undang. Jika saya dipenjarakan, saya harus menerima dengan tenang.
"Saya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keputusan tidak menyebelahi saya. Saya sudah beritahu (Datin Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah (Anwar) serta adik-adiknya supaya bersabar dan perlu ada sedikit pengorbanan," katanya yang berucap kira-kira 23 minit.
Antara gambar sekitar pidato umum Anwar Ibrahim di UM 
Berita Terkini Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014
Pelajar UM yang berada di dalam kampus mula keluar dari univeriti itu untuk berkumpul di luar pintu masuk utama
Berita Terkini Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014
Suasana di pintu masuk utama Universiti Malaya dipenuhi dengan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now