Bot Tempur TLDM CB204 Ditemui Selamat

Bot Tempur TLDM CB204
Bot Tempur TLDM CB204 Ditemui SelamatAlhamdulillah, Berita terkini yang baru diterima memaklumkan yang semua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad ditemui selamat.
Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi tulisannya di Twitter berkata, Leftenan Azri Bakar yang mengetuai bot tempur (CB204) itu memaklumkan kepada kapal milik tentera laut, KD Ganas bahawa bot dan semua kru selamat.
“Leftenan Azri, memaklumkan bahawa KD Ganas melalui (frekuensi radio) saluran 16 bahawa bot dan semua warga (kru) selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah.
"Bot telah dijumpai oleh pada pukul 6.49 petang," katanya di akaun Twitternya @ChiefofNavy pada kira-kira pukul 6.05 petang Isnin.
Sementara itu, TLDM di Twitter (@tldm_rasmi) pula berkata: "Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan  dan kepada semua yang membantu dalam operasi SAR (mencari dan menyelamat)."
Bot Tempur TLDM CB204

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Leftenan Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi - mStar online.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now