Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Deepavali 2016

Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Deepavali 2016. Perayaan Deepavali bakal disambut oleh penganut agama Hindu pada hari Sabtu, 29 Oktober 2016. Sempena dengan cuti hujung minggu dan cuti sekolah yang panjang, berikut dikongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS (TTA) untuk Perayaan Deepavali 2016. TTA PLUS untuk perjalanan di Lebuhraya Utara - Selatan merupakan panduan penting buat pengguna dalam merancang perjalanan pergi dan balik ke sesuatu destinasi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

TTA PLUS Deepavali 2016

Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Deepavali 2016 

Berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS sempena perayaan Deepavali iaitu untuk perjalanan pada 27 Oktober sehingga 1 November 2016.
  • Tarikh Deepavali : 29 Oktober 2016 (Sabtu)
TTA PLUS Deepavali 2016
Sumber : PLUS

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu. Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak dinasihatkan supaya mengikuti TTA bagi mengelakan kesesakan lebuhraya. 


SELAMAT BERCUTI. Semoga perkongsian Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Deepavali 2016 ini bermanfaat untuk semua pengguna Lebuhraya PLUS.

0 comment... add one now