Cara Beli Tiket Di Stadium Larkin Johor Bahru

STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN, JOHOR BAHRU

Cara Beli Tiket Di Stadium Larkin Johor Bahru | Panduan untuk peminat JDT semua yang berhajat untuk ke stadium untuk membeli tiket perlawanan penting JDT lawan Felda United malam ini. Panduan ini juga terpakai untuk perlawanan-perlawanan yang lain. Berikut pengumuman dari FB Johor Southern Tigers

Bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan proses pembelian tiket di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah membuat pembaharuan mengenai sistem pembelian tiket. Para pembeli tiket akan dibahagikan kepada 5 barisan dan beratur di sebelah kanan stadium berhadapan pintu G1.Hanya 80 orang akan dilepaskan serentak secara berkumpulan dari lima barisan tersebut untuk membeli tiket di lapan buah kaunter yang disediakan. Untuk makluman, setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 3 keping tiket sahaja dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan beratur demi keselamatan.

CARA/PANDUAN BELI TIKET DI STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN, JOHOR BAHRU
Cara Beli Tiket Di Stadium Larkin Johor Bahru

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now