Cara Merawat Batuk Dengan Mudah Dan Berkesan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak. Berikut dikongsikan cara merawat batuk dan ubat batuk yang mudah dan berkesan.

Cara Merawat Batuk Dengan Mudah Dan Berkesan

Cara Merawat Batuk

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

 

Cara Merawat Batuk

  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Pencegahan

  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
SUMBER - myHealth

Cara Merawat Batuk Mudah Dan Berkesan - Petua Tradisional

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA~ Koleksi Petua
Untuk Pelbagai Jenis BATUK


1. BATUK SERATUS HARI

Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.

2. BATUK BIASA (BRONKITIS)

Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.

Tanda-Tanda Batuk Biasa:
a. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak
b Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas
c. Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.

Cara-Cara Mengelak
a. Bernafas diudara yang segar dan bersih
b. Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk ini
c. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain

3. BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK

Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak. Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.

4. UBAT BATUK MUJARAB

Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.

5. BATUK (suara serak/kahak pahit)

Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut.


3 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 31 Oktober, 2014
terima kasih di atas perkongsian ini yer...
bengkungmoden bengkungmoden 16 Disember, 2015
perkongsian yang sangat bagus dan menarik :)
Pemcetus Pemcetus 22 Januari, 2016
anak batuk2 mujur ada panduan kat sini..tanks.. :)