Dia Gemuk Dan Pemalas Dengan Gaji Yang Mahal

Dia Gemuk Dan Pemalas Dengan Gaji Yang Mahal | Pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris Queens Park Ranger (QPR), Harry Redknapp tanpa berselindung lagi telah membalun pemainnya sendiri iaitu penyerang asal Maghribi, Adel Taarabt sebagai seorang yang pemalas dan gemuk.
"Macamana harus saya memilihnya jika dia gemuk dan malas hendak berlari sewaktu latihan. Malah saya boleh berlari lebih pantas dari dia. Dia hanya layak bermain dalam Liga Simpanan sahaja," tegas Redknapp ketika ditanya kenapa penyerang itu tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang Liverpool pada Ahad yang menyaksikan mereka tewas 2-3.
Taarabt hanya bermain dalam tiga perlawanan untuk QPR musim ini musim lalu dia telah dipinjamkan ke Fulham dan juga AC Milan.
Pemain berusia 25 tahun itu dikritik kerana tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan oleh Redknapp musim ini sedangkan pasukan mereka bergelut dengan jaringan gol.
Selepas lapan perlawanan, QPR berada di tangga tercorot liga daripada 20 pasukan dan cuma mampu mengutip empat mata sahaja.
Redknapp memberi komen yang membelasah Taarabt, selepas pemain itu tanpa merasa segan silu memuatnaikkan fotonya dalam laman Instagram sebelum dan selepas perlawanan menentang Liverpool itu.
"Tidak...dia tidak mengalami kecederaan. Dia cuma tidak cergas. Dia tidak cergas untuk bermain bolasepak pada tahan tertinggi. Dia hanya layak bermain dalam Liga Simpanan sahaja dan saya boleh berlari lebih laju daripadanya.
"Saya ingin jelaskan yang saya hanya akan memilih pemain yang mahu berusaha dan mencuba sedaya upaya dan pemain yang datang ke padang latihan setiap hari bersedia untuk memberikan yang terbaik dan menunjukkan sikap yang betul. Jika dia (Taarabt) mula menunjukkan semangat itu, jika dia mampu berbuat demikian, mungkin dia akan terpilih untuk bermain. Saya tidak boleh melindungi pemain yang tidak mahu berlari dan berlatih dengan berat badan yang berlebihan.
"Apa lagi yang boleh saya katakan? Terus memperolehi 60, 70 ribu pound sterling (kurang lebih RM350,000) seminggu dan tidak berlatih?," tanya Redknapp kepada para pemberita - lapor mStar

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now