Dua Model Kereta Elektrik EV Malaysia Dilancarkan 2017

Nissan LEAF
Dua Model Kereta Elektrik EV Malaysia Dilancarkan 2017 | Berita baik untuk penggemar kereta elektrik jimat kuasa atau EV  apabila Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, mengumumkan yang dua model kereta elektrik (EV) pertama Malaysia keluaran dua syarikat automotif tempatan dijangka dilancarkan pada 201 yang akan memberikan pilihan kenderaan cekap tenaga dan mesra alam kepada pengguna di Malaysia.
Sebelum ini syarikat gergasi Nissan sudah melancarkan EV di Malaysia dengan memperkenalkan model LEAF pada awal tahun 2014 ini dengan tanda harga dari RM168,000 seunit.
EV Malaysia yang bakal dilancarkan ini pula dijangka ditawarkan pada harga di bawah RM100,000 seunit kerana pembangunan dan pengeluaran model berkenaan termasuk infrastruktur stesen pengecas serta bateri litium ion akan dibangunkan di Malaysia. Bateri litium ion merangkumi 30 peratus daripada harga kereta EV. 
Proton yang kini sedang giat membangunkan prototaip dan dijangka mengeluarkan kereta ujian pada akhir tahun depan dengan jangkaan pengenalan EV pertamanya pada penghujung tahun 2016 atau awal 2017 kerana kebiasaannya prototaip sesuatu model akan mengambil masa selama setahun bagi melalui beberapa ujian sebelum ia memasuki fasa pengeluaran.
Sebuah lagi syarikat pula dijangka mengeluarkan prototaip EV pada September atau Oktober tahun depan sebelum ia diperkenalkan menjelang tahun 2017.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now