Semakan E-Penyata Gaji Online

Semakan E-Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia. Anda seorang kakitangan awam atau kerajaan?  E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM) bagi membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata/ slip gaji mereka secara online. Anda juga boleh merujuk jumlah cuti tahunan terkini Kakitangan Kerajaan di Jadual Cuti Tahunan


e-penyata gaji

E-Penyata Gaji/ Slip Gaji Online

E-Penyata Gaji Online ternyata memberikan kemudahan serta dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.

Cara Buat Semakan e-penyata Gaji Online

Berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat semakan penyata gaji secara online:-

1) Pendaftaran Pengguna Baru

Kepada mereka yang merupakan seorang pengguna baru, sila buat pendaftaran dulu sebelum dapat menggunakan applikasi semakan ini. Klik pautan "Pertama Kali Mendaftar" untuk membuat pendaftaran.

2) Menyemak Slip Gaji Online

Setelah urusan pendaftaran selesai, anda boleh mengakses sistem dengan log in menggunakan maklumat-maklumat seperti dipaparkan, contoh No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan
  • Klik masuk ke Laman ANM
  • Pilih e-penyata Gaji & Laporan

Kakitangan awam atau kerajaan boleh juga membuat semakan laporan pendapatan tahunan melalui E-Penyata Gaji Online

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JANM melalui email di maklumbalas@anm.gov.my atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.

Semoga E-Penyata Gaji Semakan Online ini bermanfaat dan dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam merancang kewangan seperti membuat pinjaman, bercuti dan sebagainya.

1 comment... add one now

Natasha Hudson Natasha Hudson 01 Mac, 2016
terbaik, memudahkan penjawat awam dalam membuat semkan penyata gaji bulanan diaorang