Gambar Bumbung Surau Di Seksyen 20 Shah Alam Runtuh

Gambar Bumbung Surau Di Seksyen 20 Shah Alam Runtuh | Bumbung di bahagian kanan Surau An-Nur Seksyen 20, Shah Alam runtuh mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000, petang tadi.
Surau Di Seksyen 20 Shah Alam Runtuh
Pengerusi Surau, Mohd Khusairi Ramli, 49, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang secara tiba-tiba tanpa disebabkan sebarang bencana.
Katanya, beliau yang berada di pejabatnya di ibu kota mendapat maklumat mengenai kejadian daripada Bilal surau, Harun Din, 67 yang kebetulan berada di rumah berhampiran surau ini.
"Bahagian sayap kanan ini baru siap selepas Raya Haji baru-baru ini. Secara tiba-tiba sebahagian daripada bumbung runtuh manakala sebahagian konkrit masih lagi tergantung.
"Ketika solat Magrib tadi, baki bahagian yang masih tergantung pula runtuh. Saya bersyukur tiada dalam kalangan jemaah yang sedang menjalankan solat sebentar tadi cedera ketika kejadian," katanya.
Gambar Bumbung Surau Di Seksyen 20 Shah Alam Runtuh
Gambar Bumbung Surau Di Seksyen 20 Shah Alam Runtuh

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 7 petang dan tiba pada 7.14 petang tadi (semalam) dengan kekuatan anggota seramai 19 pegawai dan anggota," katanya - BH online & myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now