Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014Pelajar Universiti Malaya (UM) mula memenuhi pekarangan pintu masuk Universiti Malaya malam ini.

Mereka berhimpun di hadapan pintu berkenaan bagi menanti ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan hadir pada Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara.
Antara pemimpin pembangkang yang kelihatan di pintu masuk UM termasuk Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Pemimpin PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin serta penulis Syed Hussein Al-Attas.

Diberitakan Peserta Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara masih berkumpul di hadapan pintu masuk UM walaupun sebentar tadi berjaya merempuh masuk.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Universiti Malaya pada kira-kira jam 9.35 malam ini bagi menyertai Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara.
Anwar diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.
Mereka kemudiannya menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) universiti berkenaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menaruh harapan untuk dibebaskan dalam rayuan kes liwatnya yang akan didengar semula di Mahkamah Persekutuan, esok.
Ketua umum PKR itu ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 pelajar di pekarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya sebentar tadi turut menyatakan sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dipenjarakan jika rayuannya ditolak.
Video Suasana Di Pintu Masuk UM 27 Okt 2014


Antara gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014
Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014
Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014
Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014
Gambar Ceramah Anwar Ibrahim Di UM 27 Okt 2014

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now