Gambar Fenomena Belalai Air Bukan Puting Beliung Di Bintulu Sarawak

Fenomena Belalai Air
Gambar Fenomena Belalai Air Bukan Puting Beliung Di Bintulu SarawakFenomena belalai air yang berlaku di Pantai Kidurong, Bintulu, kira-kira 10.30 pagi, hari ini, 18 Oktober 2014,  menggemparkan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Fenomena itu berlaku antara 10 hingga 15 minit berhampiran kawasan pantai.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak ketika dihubungi berkata, tiada apa yang dibimbangkan kerana fenomena itu biasa berlaku di kawasan laut dan ketika ribut petir.

"Pagi tadi (hari ini) berlaku hujan dan ribut petir di kawasan Kidurong, sekali gus menyebabkan berlakunya fenomena ini. Penduduk tidak perlu bimbang kerana fenomena itu tidak berlaku di darat. 

Fenomena Belalai Air

Cuma agak bahaya untuk nelayan dan aktiviti di laut," katanya.

Jurucakap berkata, fenomena belalai air pernah berlaku di Miri beberapa bulan lalu dan difahamkan kali pertama berlaku di persisiran pantai Bintulu.

"Ia bukan puting beliung seperti yang disebarkan di laman sosial," katanya.
myMetro


Fenomena Belalai Air

Fenomena Belalai Air

Fenomena Belalai Air

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now