Gambar Jemaah Haji Seluruh Dunia Berhimpun Di Arafah Untuk Berwukuf 2014

Wukuf di Padang Arafah
UMAT Islam dari seluruh dunia berhimpun di Arafah untuk berwukuf yang menjadi satu daripada rukun haji. - Foto AP
Gambar Jemaah Haji Seluruh Dunia Berhimpun Di Arafah Untuk Berwukuf 2014 | HARI ini lebih dua juta jemaah haji dijadualkan berhimpun di Padang Arafah untuk menunaikan wukuf, iaitu perkara kedua dalam Rukun Haji. Rukun Haji yang pertama ialah berniat ihram haji.
Empat lagi Rukun Haji ialah tawaf di Baitullah, saie antara Bukit Safa dengan Bukit Marwah, bercukur atau tahalul dan tertib pada kebanyakan rukun.
Wukuf di Padang Arafah
JEMAAH berjalan meninggalkan dataran Arafat. - Foto Reuters
Dengan keluasan kira-kira 10 kilometer (km) persegi, Arafah menyediakan kawasan yang luas untuk seluruh jemaah haji berhimpun semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Wukuf di Padang Arafah
JEMAAH haji berkumpul di Padang Arafah dan mendaki di Jabal Rahmah ketika musim haji berdekatan Makkah, Arab Saudi. Kira-kira dua juta umat Islam bergerak berperingkat-peringkat ke Arafah untuk melaksanakan kemuncak ibadah haji iaitu Hari Wukuf. - Foto AP
Dari segi istilah, wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika meskipun untuk tempoh yang amat singkat dalam apa juga keadaan. Ia bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zohor di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah hingga sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) pada 10 Zulhijah.
Wukuf di Padang Arafah
LEBIH dua juta jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul di Arafah untuk mendengar khutbah Haji dan menunaikan solat Zuhur serta Asar dalam satu perhimpunan manusia yang disifatkan terbesar di dunia itu semalam. - Foto Reuters
Tiada seorang pun jemaah haji dikecualikan daripada hadir di bumi Arafah. Jika ada jemaah haji terlantar di hospital, Kerajaan Arab Saudi (KSA) akan menyediakan ambulans untuk membawa mereka ke Arafah.
Wukuf di Padang Arafah
JEMAAH haji menunaikan solat Jumaat di Masjid Namirah di Padang Arafah. - Foto Reuters
Kemuncak ibadah haji
Wukuf adalah kemuncak ibadah haji dan yang membezakan antara ibadah haji dengan umrah. Rasulullah SAW bersabda: "Haji itu adalah wukuf di Arafah." Hari Arafah adalah hari Allah SWT membebaskan sesiapa yang hadir di padang Arafah daripada api neraka - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now