Gambar Kejadian Ribut Seperti Puting Beliung Di Pandamaran Klang 21 Oktober 2014

Gambar Kejadian Ribut Seperti Puting Beliung Di Pandamaran Klang 21 Oktober 2014Pandamaran, Klang dilanda ribut seperti puting beliung selama kira-kira 30 minit petang semalam yang telah merosakkan puluhan rumah serta premis perniagaan di kawasan kilang dan perusahaan di situ.
Ribut Di Pandamaran KlangRibut berserta hujan lebat yang bermula kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan ketakutan di kalangan penduduk sekitar Pandamaran dan Pandamaran Jaya serta di sepanjang Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran.
Angin berpusar seperti yang berlaku di Pendang sebelum ini di SINI bukan saja menerbangkan atap rumah tetapi juga menumbangkan beberapa pokok di kawasan berkenaan sehingga menimpa bangunan, tiang elektrik dan kenderaan.
Kesesakan jalan raya turut berlaku di kawasan terbabit apabila pokok tumbang menghalang laluan.
Antara kawasan dan premis yang terjejas akibat kejadian ribut seperti puting beliung ini adalah sejumlah 72 rumah di Pangsapuri PKNS, Pandamaran Jaya, beberapa bot yang tenggelam di jeti berhampiran, gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San dan Flat Pandamaran Permai. Bekalan elektrik juga telah terputus sementara.

Ribut Di Pandamaran Klang

Ribut Di Pandamaran Klang

Ribut Di Pandamaran Klang

Ribut Di Pandamaran Klang

Video Kejadian Ribut Seperti Puting Beliung Di Pandamaran Klang 21 Oktober 2014

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now