Gambar Majlis Nikah Farhan AF 10 Oktober 2014


Gambar Majlis Nikah Farhan AF 10 Oktober 2014


Gambar Majlis Nikah Farhan AF 10 Oktober 2014Gambar Majlis Nikah Farhan AF 10 Oktober 2014Gambar Majlis Nikah Farhan AF 10 Oktober 2014Farhan Azizan, penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah, di sini pada Jumaat.

Farhan, 29, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof.

Mas kahwin berupa wang tunai adalah RM300 namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan selain sebentuk cincin dan mas kahwin, 

Pihak pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.


Farhan dan Ahmad Rashadan telah bercinta selama 8 tahun yang penuh pelbagai dugaan.


Berikut antara gambar majlis pernikahan mereka di mana majlis resepsi pasangan akan berlangsung pada sebelah malam Jumaat di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now