Hanya Kereta Lexus LS Dan IS Sahaja Yang Ditarik Balik Di Malaysia

lexus is malaysia
Lexus IS
Hanya Kereta Lexus LS Dan IS Sahaja Yang Ditarik Balik Di MalaysiaTidak lebih dari 250 buah kereta jenis Lexus IS dan Lexus LS di Malaysia terjejas ekoran penarikan global akibat kelemahan yang dikesan terhadap kenderaan itu, menurut peniaga tempatan jenama tersebut.

"Kami telah menerima pengesahan daripada Toyota Motor Corporation di Jepun bahawa terdapat kurang dari 250 kereta Lexus IS dan kereta Lexus LS di Malaysia yang dijual oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terlibat dalam kempen perkhidmatan khas ini," kata sumber syarikat kepada Star online, Rabu. 

Beliau berkata syarikat itu sedang menyediakan alat ganti yang diperlukan untuk mengatasi masalah yang mungkin berlaku terhadap model-model tersebut.

"Lexus Malaysia akan menghubungi pelanggan kami secara peribadi dan mereka perlu pergi ke pusat perkhidmatan Lexus yang terdekat untuk melaksanakan langkah-langkah pembetulan yang perlu sebaik sahaja bahagian-bahagian alat ganti telah tersedia," katanya.


Ibu pejabat Toyota di Jepun pada Rabu seperti dilaporkan di SINI mengumumkan akan menarik balik 1.75 juta kenderaan di seluruh dunia ekoran masalah brek dan gangguan lain yang menimbulkan risiko kebakaran, sekali gus menjadi panggilan balik kenderaan yang terbesar oleh syarikat pembuat kenderaan terbesar di dunia. 

Syarikat gergasi Jepun memberikan tiga masalah dalam beberapa modelnya termasuk unit jenama Lexus mewah dan Crown Majesta. 


UMW Toyota Motor menjelaskan bahawa model Crown Majesta tidak dijual di Malaysia - mStar online
.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now