iPhone 6 Di Pasaran Malaysia Bermula 6 November 2014

iPhone 6 Malaysia
iPhone 6 Di Pasaran Malaysia Bermula 6 November 2014 | Berita baik untuk peminat iPhone 6 dan 6 Plus apabila ianya akan mula dipasarkan di Malaysia pada 6 November 2014 ini dengan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjadi syarikat pertama mendedahkan tarikh pengenalan iPhone 6 dan 6 Plus di Malaysia. Spesifikasi iPhone6 di SINI 

Digi akan membuka tempahan gajet terbabit bermula 31 Oktober 2014 nanti.

Apple sebelum ini telah melancarkan dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin bersaiz 4.7 inci serta 5.5 inci.

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dan menarik dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 pixel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula adalah 1920 x 1080 pixel.

Lebih 10 juta telefon pintar terbaru yang sangat popular ini habis dijual dalam tempoh tiga hari selepas ia dipasarkan di negara terpilih.

Terkini seperti laporan BH online
Maxis Bhd mengumumkan akan menawarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, peranti baharu yang menterjemahkan kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone, bermula pada Khamis, 6 November 2014.
Syarikat itu dalam kenyataannya menyebut, tempahan belian awal untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan bermula pada Jumaat, 31 Oktober 2014 di store.maxis.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis, sila layari:www.maxis.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone, sila layari:http://www.apple.com/iphone.
* Digi juga telah menukar tarikh penjualan iPhone 6 di Malaysia ke 6 November 2014

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now